Posted by: amazingpendant | October 12, 2011

Doa murah rezeki

Salam sejahtera saya ucapkan kepada anda yang masih tercari-cari blog yang memberi peluang dan ruang bagi meningkatkan taraf ekonomi keluarga. Syabas juga saya ucapkan kerana anda adalah individu yang telah dipilih oleh Allah S.W.T yang telah membuka hati dan minda anda untuk melayari blog ini bagi mencari satu peluang yang sangat terbuka luas kepada mereka yang memerlukannya.

Setiap individu dianugerahkan  impian yang sangat kompleks dan berbeza-beza. Namun yang paling utama adalah wang ringgit yang menjadi buruan bagi setiap individu.Sudah menjadi lumrah kehidupan segala barangan memerlukan wang tetapi wang bukanlah segala-galanya.

Memang benar wang bukan segala-galanya tetapi pada zaman mutakhir ini segala-galanya memerlukan wang. Ini adalah ujian dan cabaran bagi individu muslim untuk berikhtiar, berusaha, berdoa dan bertawakkal kepada Allah S.W.T agar diperolehii rezeki yang banyak, baik dan halal (BBH).

Bagi memperolehi rezeki (BBH) ini Rasulllaah S.A.W telah mengajar kita untuk berdoa setiap pagi sesudah solat subuh supaya dimurahkan rezeki dimana doanya berbunyiYa Allah apabila rezekiku ada dilangit maka turunkanlah, apabila didalam perut bumi maka keluarkanlah, apabila dilaut maka naikkanlah, apabila jauh maka dekatkanlah, apabila ia sedia dekat maka permudahkanlah, dan sekiranya sedikit maka perbanyakanlah, dan sekiranya sedia banyak maka pemudahkanlah untuk mendapatkannya, juga berilah keberkatan terhadap rezeki tersebut dan berikanlah rezeki kepada ku seperti yang ku jangka dan tidak ku jangka, dengan rezeki yang hala dan baik, serta banyak lagi diberkati padanya sehinggakan tidak ada seorang dari kalangan hamba Mu ku perlukan daripadannya, dan jadikanlah kedua tangan ku ini selalu berada diatas dengan suka memberi dan menderma, dan jangan jadikan
kedua tanganku ini berada di bawah dengan suka meminta-minta, esungguhnya Engkau amat berkuasa keatas  setiap sesuatu”.

Masyaallah doa ni sungguh hebat dan mustajab!!!. kita sebagai hamba Allah seharusnya merasa lebih merendah diri dan lebih kuat untuk berusaha bagi mencapai apa yang kita hajatkan selama ini . Moga-moga Allah S.W.T memberkati dan merahmati kita semua.

Semoga dengan adanya blog ini dapat kita bersama-sama berkongsi pengalaman, cerita dan peluang yang ada untuk tingkatkan ekonomi keluarga, Insyaallah.


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: