Posted by: amazingpendant | January 15, 2012

MLM menurut Syarak

SYARAT HALAL ATAU HARAM M.L.M. MENURUT SYARAK.

(Produk mestilah yang benar-benar memberi manfaat pada masyarakat umum dan dapat digunakan dengan serius oleh orang yang membelinya).

Justeru, produk MLM yang kabur dan rendah kualiti serta kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ianya hanya bertujuan untuk mengaburi syariat dan undang-undang negara. Kekuatan MLM atau seumpamanya adalah bersandarkan kekuatan produknya yang tinggi kualiti dan manfaatnya, bukan kepada objektif jangka masa yang pendek untuk mengumpul dana. Oleh itu ada beberapa perkara telah digarisan supaya MLM inimematuhi syariah iaitu:

1) Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual secara bertangguh kerana penjualan barang kemas secara bertangguh adalah riba jenis nasiah,

2) Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli di bawahnya mestilah jelas. TIADA KOMISYEN/BONUS/INSENTIF tanpa usaha. Ini bermakna orang atas berhak mendapat komisyen hanya dari orang bawah yang dibantunya sahaja. Keuntungan komisyen bukan berdasarkan kepala/kaki/ahli yang ditaja tetapi hendaklah berdasarkan nilai produk yang berjaya dijualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan, bukannya permainan wang (money game),

3) Tidak mewajibkan ahli menjual dengan kadar yang tertentu bagi memperolehi komisyen dari orang bawahannya. Setiap ‘upline’ atau orang atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan ‘meeting’ mingguan untuk ahli rangkaiannya dengan memberi pelbagai info baru, motivasi, taklimat, dan sebagainya. Ini perlu bagi melayakkan (menghalalkan) dia mendapat komisyen daripada orang bawahannya secara syariat. Kalau tidak, hukum menerima komisyen itu syubhah dan boleh jatuh kepada haram. Islam tidak membenarkan peniaga memperoleh keuntungan daripada hasil usaha yang tidak bersungguh-sungguh. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang kesepuluh dan ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ditaja oleh ahli yang kesembilan. Jika tidak, apakah hak untuk mendapatkan komisyen daripada ahli yang begitu jauh?,

4) Tidak menggunakan skim piramid, iaitu skim siapa masuk dahulu, dia akan untung selamanya. Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, pelan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua. Malah, orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih daripada orang atasan jika berusaha lebih,

5) Persembahan sistem komisyen/bonus/insentif yang telus dan mudah difahami, dan boleh dipantau oleh ahli secara jelas. Tujuannya adalah bagi mengelakkan segala jenis penipuan. Penstrukturan pelan pemasaran di antara ahli dan orang bawahan secara musyarakah iaitu perkongsian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan dari peringkat awal lagi perlu dilaksanakan.

 

UNTUK PENERANGAN PRODUK SILA HUBUNGI SAYA AMIRUL 013-6182356 ATAU BAGAIMANA  MENJANA PENDAPATAN PASIF YANG SANGAT LUMAYAN DENGAN CARA LUAR BIASA!!!


Leave a comment

Categories